9:08 AM Wednesday, February 3, 2010

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU

S

esungguhnya menuntut ilmu itu banyak suruhan dan kelebihannya, namun terdapat dalil-dalil yang menunjukkan kelebihan menuntut ilmu di dalam Al-Quran dan juga sunnah Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya sesutu bab daripada ilmu yang dipelajari oeleh seorang lelaki terlebih baik baginya daripada dunia dan apa yang di dalamnya” dan firman Allah Taala ertinya : “Maka tanya olehmu akan orang yang ahli zikri (orang yang alim) jikalau kamu tidak mengetahui”.

Di samping itu terdapat juga fadhilat-fadhilat menuntut ilmu yang terlebih baik daripada beribadat sunat yang disabdakan oleh Nabi SAW ertinya : “Demi Tuhan bahawa jika kamu pergi menuntut ilmu daripada sesuatu bab terlebih baik daripada kamusembahyang seratus rakaat,” dan terdapat juga daripada hadis Abi Zarr RA katanya ertinya: “Setiap permulaan daripada orang yang mengajar ilmunya itu terlebih afdhal daripada sembahyang seribu rakaat dan mengunjungi seribu orang sakit dan menghantar seribu jenazah kemudian ditanya Rasulullah: Adakah ia terlebih afdhal daripada membaca Al-Quran dijawabnya : “Tidak manfaat membaca Al-Quran itu tanpa ilmu.” Seperti kata Imam Syafie RA, menuntut ilmu itu terlebih baik daripada sembahyang sunat. Dan Abu Darda’ juga telah berkata: “Demi Tuhanku bahawasanya aku belajar sesuatu ilmu terlebih kasih bagiku daripada beribadat setiap malam (qiamullail).

Di samping itu, banyak hadis yang disabdakan oleh Nabi SAW tentang kematian orang dalam menuntut ilmu antaranya, “Barangsiapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka antaranya dan antara nabi-nabi di dalam Syurga adalah satu darjat.” Saidina Umar RA telah berkata sesungguhnya mati seribu orang yang kuat beribadat setiap malam kepada Allah Taala dan berpuasa setiap hari terlebih mudah daripada mati seorang yang alim atau mengetahui perkara-perkara yang dihalalkan dan diharamkan oleh Allah.

Namun begitu, Nabi SAW juga telah menggariskan kepada beberapa peringkat kelebihan ilmu dengan sabda Baginda, “Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan, maka tanyalah kerana diberi pahala kepada empat jenis orang di dalam ilmu pertama, kepada orang yang suka bertanya akan sesuatu ilmu, kedua kepada orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajar ketiga kepada orang yang mendengar orang yang mengajar ilmu keempat kepada orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu. Dan Atta’ telah berkata sesungguhnya perhimpunan orang yang duduk di dalam majlis ilmu itu iaitu menghapuskan tujuh puluh perhimpunan majlis lagha (sia-sia).

Meneliti kepada kepentingan ilmu seperti yang tersurat, maka seharusnya bagi kita sebagai ummah terbaik mengambil kesempatan berharga di dalam kehidupan ini merancakkan lagi pemburuan ilmu. Mudah-mudahan masa yang berbaki dimanfaatkan seoptimum mungkin demi masa depan dakwah yang semakin mencabar.

0 comments:

Post a Comment